Sunday, February 22, 2009

Speech yg membuat aku kalah

(1)

wan-kawan, cuba lihat di sekeliling kita. Tahukah kawan-kawan bahawa kita sangat beruntung?
Kita tinggal di Negara yang aman damai. Kita pergi ke sekolah setiap hari.
Kita semua mendapat keperluan asas – makan minum, pakaian, tempat tinggal, dan pendidikan.
Kita sungguh bernasib baik berbanding kanak-kanak yang tinggal di Gaza. Semenjak 27 Disember, mereka hidup dalam peperangan. Setiap hari ada sahaja serangan bom dan tembakan. Banyak tempat musnah –rumah, sekolah dan hospital. Ramai yang cedera parah dan ramai yang meninggal dunia.
Bolehkah kawan-kawan bayangkan bagaimana kehidupan mereka sekarang?
Oleh itu, kita harus bersyukur dengan kehidupan kita.
Kita harus belajar-bersungguh-sungguh dan mematuhi ibu bapa dan guru-guru. Kita mesti berdisiplin dan kita jangan lepaskan semua peluang yang ada untuk memajukan diri kita.
Pergi ke sekolah mesti bersedia
Sentiasa patuh arahan ketua
Ingat mengingati amalan mulia
Semoga Berjaya kita semua

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

(2)


Assalamualaikum...selamat sejahtera diucapkan kepada guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Maksud pilihan raya ialah pilihan yang dijalankan untuk memilih wakil yang dijalankan secara undi. Tanggungjawab pengundi adalah untuk memilih ketua atau wakil yang paling layak untuk menjalankan tugas dengan bijaksana.
Kita sungguh bertuah kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam proses demokratik ini pada usia muda.
SK Seafield merupakan satu-satunya sekolah rendah yang saya tahu di Malaysia yang membenarkan murid-murid memilih ketua pengawas dan penolong ketua pengawas melalui pilihanraya. Jika tiada peluang sebegini, kita terpaksa menunggu sehingga kita berumur 21 tahun untuk mengundi di dalam pilihan raya.
Semua calon ketua pengawas dan penolong ketua pengawas saling mengenali dan berkawan baik. Setiap calon mempunyai kelebihan masing-masing.
Saya amat menghargai pengalaman menjadi calon di dalam pilihan raya ini.
Kalah menang adat pertandingan. Apa yang kita semua mahukan ialah supaya SK Seafield meneruskan reputasi sebagai sekolah yang cemerlang. Saya mengucapkan selamat mengundi kepada semua warga seafield.
Saya ingin mengakhiri ucapan saya di dalam kempen pilihanraya tahun ini dengan serangkap pantun.
Pilihan raya esok hari,
Semua calon berdebar hati,
Kalau anda masih tak pasti,
Jangan susah-susah just vote for me!!
Wassalamualaikum…terima kasih

0 comments: